Monday 20 July 2015

Cara Terbaik Mengatasi Mati Pucuk Adalah Minum Kopi

Cara Terbaik Mengatasi Mati Pucuk Adalah Minum Kopi



"Mencegah lebih baik dari merawat". Pasti anda biasa dengar ayat tersebut. Jadi anda lelaki harus bijak menjaga kesihatan anda terutama alat sulit anda. Masalah mati pucuk ni sangat popular di kalangan lelaki zaman sekarang kerana lebih pentingkan kerjaya berbanding kesihatan diri sendiri. 

Tahukah anda?? Mati pucuk adalah masalah lelaki yang sukar di rawat dan ada juga yang tidak boleh di rawat. Sebaik setiap lelaki mesti mempelajari cara-cara terbaik mengatasi mati pucuk dan dalam masa yang sama menguatkan kekuatan batin anda. 

Ada pelbagai cara terbaik mengatasi masalah mati pucuk. Yang paling mudah adalah minum air kopi. Senang dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setiap hari boleh di amalkan tetapi jangan sampai berlebihan.

Perlu justifikasi terhadap tabiat minum kopi anda? Kini anda ada alasan yang kukuh: 2 cawan kopi sehari boleh mencegah mati pucuk!

Satu kajian oleh University of Texas mendapati bahawa lelaki yang minum dua cawan kopi setiap hari mempunyai 42% kurang kemungkinan mengalami disfungsi ereksi berbanding bukan peminum kopi. 

Lebih menarik, para pengkaji turut menganalisis 4000 lelaki yang mengambil minuman berkafein seperti teh, kopi, air berkarbonat dan minuman tenaga; dan keputusannya tetap sama ke atas semua lelaki tidak kira umur, berat badan dan tekanan darah.

Para saintis berpendapat bahawa kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah ke penis dengan merelakskan otot.

Tapi jangan berlebihan pula, sebab hasil kajian turut menunjukkan bahawa minum tiga cawan kopi sehari menurunkan kesan baik tersebut kepada 39%. Satu lagi peringatan, tindak balas kafein ini tidak berkesan ke atas penghidap diabetes, tetapi berkesan terhadap lelaki yang obes, berlebihan berat badan dan hipertensi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...