10
Tips Rawatan Wajah Untuk Kulit Kombinasi Dan Sekata
Kulit kombinasi biasanya
berminyak sekitar dahi, hidung dan dagu manakala di bahagian pipi dan mata pula
mengalami masalah kering. Bagi anda yang mempunyai kulit kombinasi, pasti sukar
membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.
Jika tersilap langkah, kulit
mungkin kering dan mengelupas. Ada kalanya kulit menjadi terlalu berminyak dan
wajah ditumbuhi jerawat. Minggu ini kami berkongsi 10 tip untuk mengatasi kulit
kombinasi.
Pilih
Pembersih Wajah Yang Sesuai
Gunakan pembersih wajah
berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah
berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan
kulit semakin kering. Bagi kesan maksimum, anda digalakkan memilih pembersih
yang mengandungi kandungan mineral tanah liat, ia dapat menyerap lebihan minyak
pada wajah tanpa membuatkan kulit kering.
Guna
Penyegar
Selepas membersihkan wajah,
disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar. Pilih penyegar yang mengandungi
antioksidan, berasas air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan
minyak seimbang. Anda disarankan memilih penyegar khas untuk kulit kombinasi
yang tidak mengandungi alkohol.
Pelembap
Khas
Sapu pelembap secara konsisten,
dua kali sehari terutama dibahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan
pipi. Namun di kawasan zon T yang berminyak, sapukan krim pelembap secara
tipis. Pilih pelembap bertekstur gel atau losen yang mengandungi lebih banyak
air untuk melembabkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.
Alas
Bedak Yang Tepat
Buat anda yang mempunyai kulit
kombinasi, pilih alas bedak jenis matte atau pressed powder yang mengandungi
tabir suria minimum SPF 15. Ia membantu mengawal lebihan minyak dan mengelakkan
kulit menjadi kering.
Krim
Perlindungan Cahaya Matahari
Jika anda tidak menggunakan alas
bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide,
zinc oxide atau avobenzone. Kombinasi bahan ini amat sesuai untuk wanita yang
mempunyai kulit kombinasi. Produk yang tepat akan membuatkan kulit anda halus,
licin, lembap dan tona menjadi sekata.
Bedak
Tabur
Agar penampilan tampak natural,
gunakan bedak tabur. Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata.
Litupannya lebih sempurna dan tidak bercapuk. Namun bagi anda yang menggemari
bedak padat, pilih produk yang bebas minyak, noncomedogenic dan hypoallergenic.
Masker
Wajah
Masker berasas bahan semulajadi
seperti timun, tomato dan lidah buaya amat sesuai untuk anda. Pilih masker
berbentuk gel atau clay mask untuk kawasan wajah berminyak (dagu, dahi dan
hidung) dan masker krim khusus bahagian wajah yang kering. (pipi, mata dan
bibir)
Suplemen
Walaupun menggunakan produk
kecantikan, anda digalakkan mengambil suplemen. Produk kecantikan kebanyakan
hanya merawat luaran, suplemen pula merawat dalaman. Amalkan suplemen seperti
Vitamin A, C, E dan Zink. Suplemen membekal nutrien yang mencukupi untuk tubuh
dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.
Perawatan
Malam
Jangan jadikan letih sebagai
alasan mengabaikan penjagaan wajah pada malam hari. Selepas membersihkan wajah,
sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata. Pilih produk krim malam yang
mengandungi tretinoin. Ia membantu pertumbuhan sel baru ketika anda tidur.
Jenis losen atau gel adalah yang terbaik.
Minum
Air Secukupnya
Selepas melengkapkan rejim
kecantikan anda, jangan lupa amalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas
sehari. Air yang mencukupi akan membantu wajah tampak segar, berseri dan lembap.
AMBIL
PERHATIAN
- Elakkan membersihkan wajah terlalu kerap kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kering. Cukup sekadar membersihkan wajah dua kali sehari.
- Gunakan tisu khas untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.
- Jika mampu, lakukan perawatan pengelupasan sebulan sekali di spa.
- Jangan sesekali memicit jerawat atau menyentuh wajah dengan tangan kotor. Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan parut.
No comments:
Post a Comment