Jadikan Stres Pendorong Kejayaan
Masa Kini
Terlalu banyak kite mendengar
cerita yang menunjukkan seseorang itu kurang kawalan emosi. Contohnya,
menghukum anak atau anak murid berlebih-lebihan sehingga boleh mencederakan dan
membahayakan. Ada juga yang sangup meninggalkan ibu atau bapa yang telah tua
atau uzur dengan kejam dan memukul pasangan sehingga teruk dan membawa maut.
Apa yang sedang berlaku sekarang?
Adakah benar dunia sudah menjadi lebih kelam kabut dan lebih tidak selamat? Bila
di kaji kembali sebab utama manusia bertindak di luar kawalan dan melakukan
perkara yang membahayakan diri mereka dan orang lain adalah disebabkan tekanan
emosi yang menyebabkan berfikir dengan tidak waras, lalu bertindak dengan
kejam.
Sememangnya manusia akan hilang
arah apabila sesuatu tekanan emosi berlaku. Sebelum meneruskan perbincangan,
marilah kita memahami dari sudut dalaman, iaitu pemikiran dan perasaan,
bagaimana tekanan boleh berlaku.
Ia berlaku apabila kita melihat apa
yang berlaku tidak seperti apa yang kita mahu. Contohnya, jika seorang pelajar
yang duduk diluar kampus, mahukan kawan-kawan serumah yang bertanggungjawab
duduk bersama.
Tapi yang duduk serumah adalah
kawan-kawan yang bersikap sebaliknya. Kebersihan rumah tidak dijaga, penggunaan
api dan air ikut sesuka hati. Barang-barang anda digunakan seperti barangnya
sendiri, malah kerata atau motor anda digunakan tanpa meminta izin.
Memang stress ada kawan serumah
begini. Persoalannya apakah yang boleh dilakukan? Pertama, kita perlu menyedari
bahawa ada stress yang elok dilalui dan ada yang tidak perlu serta eloklah
menjauhkan diri dari stress begitu.
Cara Menangani Stress.
Stress yang bagus adalah stress yang
menyebabkan anda mahu melangkah kepada kejayaan. Contohnya, anda inginkan
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak kesampaian. Keinginan
anda itu menjadikan anda tertekan kerana tidak Berjaya.
Ketahuilah ini adalah tekanan
yang baik untuk anda kerana ia menyebabkan anda mengorak langkah dan lebih kuat
berusaha dengan lebih baik untuk mendapatkan kejayaan yang anda inginkan. Anda
berusaha belajar lebih hebat, mencari skill belajar lebih banyak dalam masa
yang singkat. Semua ini meningkatkan kompetensi anda dan ini menjadikan anda
seorang yang lebih berkemampuan.
Inilah contoh bagaimana jadikan
stress pendorang kejayaan masa kini. Jadikan stress tu sebagai satu cabaran
untuk anda lebih berjaya. Buangkan stress yang membuatkan anda rasa hilang
keyakinan diri kerana ia hanya memudaratkan kesihatan jiwa anda.
No comments:
Post a Comment