Wednesday 19 March 2014

Jadikan Stres Pendorong Kejayaan Masa Kini

Jadikan Stres Pendorong Kejayaan Masa Kini



Terlalu banyak kite mendengar cerita yang menunjukkan seseorang itu kurang kawalan emosi. Contohnya, menghukum anak atau anak murid berlebih-lebihan sehingga boleh mencederakan dan membahayakan. Ada juga yang sangup meninggalkan ibu atau bapa yang telah tua atau uzur dengan kejam dan memukul pasangan sehingga teruk dan membawa maut.

Apa yang sedang berlaku sekarang? Adakah benar dunia sudah menjadi lebih kelam kabut dan lebih tidak selamat? Bila di kaji kembali sebab utama manusia bertindak di luar kawalan dan melakukan perkara yang membahayakan diri mereka dan orang lain adalah disebabkan tekanan emosi yang menyebabkan berfikir dengan tidak waras, lalu bertindak dengan kejam.

Sememangnya manusia akan hilang arah apabila sesuatu tekanan emosi berlaku. Sebelum meneruskan perbincangan, marilah kita memahami dari sudut dalaman, iaitu pemikiran dan perasaan, bagaimana tekanan boleh berlaku.

Ia berlaku apabila kita melihat apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita mahu. Contohnya, jika seorang pelajar yang duduk diluar kampus, mahukan kawan-kawan serumah yang bertanggungjawab duduk bersama.

Tapi yang duduk serumah adalah kawan-kawan yang bersikap sebaliknya. Kebersihan rumah tidak dijaga, penggunaan api dan air ikut sesuka hati. Barang-barang anda digunakan seperti barangnya sendiri, malah kerata atau motor anda digunakan tanpa meminta izin.

Memang stress ada kawan serumah begini. Persoalannya apakah yang boleh dilakukan? Pertama, kita perlu menyedari bahawa ada stress yang elok dilalui dan ada yang tidak perlu serta eloklah menjauhkan diri dari stress begitu.


Cara Menangani Stress.

Stress yang bagus adalah stress yang menyebabkan anda mahu melangkah kepada kejayaan. Contohnya, anda inginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak kesampaian. Keinginan anda itu menjadikan anda tertekan kerana tidak Berjaya.

Ketahuilah ini adalah tekanan yang baik untuk anda kerana ia menyebabkan anda mengorak langkah dan lebih kuat berusaha dengan lebih baik untuk mendapatkan kejayaan yang anda inginkan. Anda berusaha belajar lebih hebat, mencari skill belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. Semua ini meningkatkan kompetensi anda dan ini menjadikan anda seorang yang lebih berkemampuan.


Inilah contoh bagaimana jadikan stress pendorang kejayaan masa kini. Jadikan stress tu sebagai satu cabaran untuk anda lebih berjaya. Buangkan stress yang membuatkan anda rasa hilang keyakinan diri kerana ia hanya memudaratkan kesihatan jiwa anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...