Thursday 4 July 2013

Mercedes-Benz Buka Pusat Penyelesaian Korporat Pertama Di Dunia

Mercedes-Benz Buka Pusat Penyelesaian Korporat  Pertama Di Dunia


nz wheels bangsar NZ Wheels Bangsar Autohaus: Pusat Penyelesaian Korporat Mercedes Benz Pertama Di Dunia

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd, pengedar sah untuk kenderaan Mercedes Benz di Malaysia, Khamis membuka bilik pameran mewah setinggi tiga tingkat di Bangsar – pusat penyelesaian korporat yang pertama untuk jenama itu di dunia.

NZ Wheels Bangsar Autohaus terletak di Jalan Ara Bangsar Baru berkeluasan lebih 13,000 kaki persegi dan menawarkan pengalaman hebat kepada para pengguna.

Pemilik perniagaan dari yang bersaiz kecil, sederhana sehinggalah ke konglomerat multinasional, kini boleh mendapatkan penyelesaian korporat mereka daripada tawaran yang menarik sehinggalah kepada penyelesaian pembiayaan bagi memenuhi keperluan setiap perniagaan.

NZ Wheels, unit di bawah NAZA Group, telahpun melabur RM15 juta dalam “autohaus” dan merancang untuk terus melabur bagi membangunkan rangkaian runcit.

Pengerusi Eksekutif NAZA Group, Datuk Wira SM Faizal Tan Sri Nasimuddin berkata syarikat akan melabur RM35 juta lagi dalam tempoh tiga tahun ini.

“Autohaus itu melebihi bilik pameran biasa kerana ia menempatkan sudut AMG pertama seumpamanya di dalam negara di mana para pencinta kereta boleh melihat sendiri jenama Mercedes AMG itu,” kata beliau dalam persidangan akhbar selepas perasmian oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di sini Khamis.


Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata syarikat merancang melabur RM280 juta sehingga 2016.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...